Sunday, July 27, 2008

Trip to Vietnam 2

Permandangan di luar muzium perang.



Gambar-gambar semasa perang dgn Amerika. Walaupun nampak tersusun cantik dan kemas, tapi cerita yang dipaparkan memang menyedihkan.




Beberapa lagi pesawat dan kereta perisai di luar bangunan muzium.









Permandangan yang selalu dapat dilihat di jalan raya. 90% penduduk Vietnam menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama.




Makan tengahari di restoran Shamsudin.


Sayur campur.


Udang goreng.


Timun dan sambal belacan.


Ikan masak asam pedas.

termasuk sepinggan nasi. Hidangan ni untuk 4 orang. bernilai USD32. Mahal tak ingat. Tapi nak buat camno, bukan senang nak cari restoran halal kat sini.
Inilah hasilnya kalau dan 2 hari tak dapat nasi. Licin habis...



Bas yang membawa kami berjalan sepanjang berada di Vietnam.


Pakcik bas yang sentiasa senyum tapi tak boleh berbahasa inggeris. Sudahnya kalau nak bercakap, macam ayam dgn itik.

Pelan lawatan ke Chu Chi Tunnel.

Kaunter membeli tiket.


Kita akan dapat lihat banyak pondok-pondok sebegini. Setiap pondok mempunyai kedalaman 6-8 kaki. Pondok-pondok ni dijadikan tempat meeting, pembuatan senjata, kelengkapan perang, memasak dan sebagainya.


Peta menunjukkan kawasan Chu Chi.


Keratan rentas kedudukan pondok dan setiap pondok boleh dihubungkan antara satu sama lain melalui terowong dalam tanah.


Dapat juga masuk terowong ni dan berjalan itik sejauh 100mtr.


Cara lain nak masuk atau keluar dari terowong.


Aktiviti orang vietnam waktu malam. Melepak di taman bersama keluarga, bermain chess,


main lompat buluh,


anyaman dari daun kelapa. Boleh buat ikan, bunga, belalang dan sebagainya.


Sarapan di hari terakhir. Walaupun banyak makanan dihidang kat hotel tapi tak berani nak makan, waima roti sekali pun. Selalunya makan nasi impit yang dibawa dgn sambal goreng. Pagi petang, siang malam, makan nasi impit je.

Tuesday, July 1, 2008

Trip to Vietnam


27 Jun 08 - Jumaat

Pertama kali ke Vietnam membuatkan aku rasa sedikit teruja nak tgk apa yang ada kat sana. Tiba di Vietnam lebih kurang pkl 8 mlm. Airport nye nampak cantik dan bersih. Mungkin kerana bgnn yang baru.

Rasa macam kat KLIA je. Keluar je dari airport hari dah malam, so tak dapat nak amik gambar.

Dari airport terus ke hotel. Menginap di Hai Long Hotel ni ok gak la hotel nye. Lagi pun aku dapat bggn yang baru je dibuka 4 hari lepas. Ada member dapat bggn lama. Bilik dia kecik je.

28 Jun 2008 - Sabtu

Hari ni gi buat lawatan ke Muzium yang mempamerkan cerita tentang zaman perang dulu. Ada beberapa kereta perisai dan pesawat lama yang diletakkan di sekitar muzium ni.


29 Jun 2008 - Ahad
Lawatan ke Chuchi Tunnel






dan shopping kat Behn Thanh Market






30 Jun 2008 - Ahad
Last minute shopping dan balik ke Malaysia