Saya ada menerima satu email yang baik untuk kesedaran orang Melayu
"Mengikut statistik, lebih dari sejuta kes tuntutan harta pusaka dengan nilai mencecah RM38 billion masih tertunggak kerana tidak dapat diuruskan oleh pewaris. Kes-kes ini majoritinya membabitkan harta milik orang Islam kerana kegagalan menyediakan dokumen wasiat dan hibah ketika masih hidup.
Hanya sebanyak 100,000 wasiat ditulis oleh orang Melayu berbanding 10 juta orang Melayu (Islam) yang layak membuat wasiat.
Pernahkah anda tertanya, "Apakah persediaan anda untuk orang yang tersayang?"
Wasiat adalah satu declarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Islam, selepas kematiannya.
Ramai orang Islam tidak mempunyai wasiat sedangkan Islam mewajibkan semua umatnya menulis wasiat apabila telah memiliki sebarang harta.
Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bentuk kematian. Yang pasti, kita akan mati.
Tanpa wasiat dan perancangan yang teliti, perkara-perkara yang tak dijangka atau perkara-perkara yang hanya berlaku ke atas orang lain dan bukan keluarga kita sendiri boleh terjadi:
1) Harta dibekukan, orang tersayang akan tersekat daripada menerima wang belanja
2) Surat kuasa perntadbiran harta diperlukan, orang tersayang kena naik turun mahkamah tinggi kerana birokrasi dan ini mungkin memakan masa sehingga 10 tahun
3) Kekayaan yang dikumpulkan sebelum mati tidak dapat dinikmati segera oleh waris-waris bagi membantu orang kesayangan menghadapi masalah kewangan
4) Harta pusaka dibahagikan mengikut undang-undang dan bukan mengikut kehendak anda
Secara umumnya, berwasiat dihukumkan HARUS. Anda pun mahukan peninggalan anda di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua.
Keputusan yang anda lakukan hari ini akan menentukan arah tuju warisan anda di masa hadapan.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang?
Hubungi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
untuk pewasiatan harta di dalam negeri Selangor dengan kadar yang berpatutan
atau kunjungi perunding wasiat anda sekarang.
Sunday, November 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)