Friday, November 21, 2008

HUJAN... Let's think twice

Baru-baru ni saya ada terima email dari seorang sahabat yang ingin saya kongsikan bersama...

HUJAN? let's think twice before u said anything..
Bila langit mula mendungKekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling K ita ,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.."

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuacaburuk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii- Tiap-tiap Hari hujan... su sah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahummasyaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaatbuat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yangmenggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabilaangin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (kedaerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenisbuah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)orang-orang yang telah mati, su paya kamu beringat (mengambil pelajarandaripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?"
Macam biasadengar ayat TU kan ?
Seolah-olah sinonim su ngguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan....

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu,Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan.
Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab.
Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yangmencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH.
Semoga Hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga, Hari esok akan lebih baik.

Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain l ain pun Ada juga mengingatkan K ita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :
"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN.
Baru Hari ini K ita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada K ita sekarang ini Ada sebabnya,Ada su katannya.
Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; makadengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikankamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalahdikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlahkepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yangkamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni bila hujan jangan ler ber sungut ek.
Berdoa ler banyak2...

Sunday, November 16, 2008

Sudahkah anda berwasiat?

Saya ada menerima satu email yang baik untuk kesedaran orang Melayu

"Mengikut statistik, lebih dari sejuta kes tuntutan harta pusaka dengan nilai mencecah RM38 billion masih tertunggak kerana tidak dapat diuruskan oleh pewaris. Kes-kes ini majoritinya membabitkan harta milik orang Islam kerana kegagalan menyediakan dokumen wasiat dan hibah ketika masih hidup.

Hanya sebanyak 100,000 wasiat ditulis oleh orang Melayu berbanding 10 juta orang Melayu (Islam) yang layak membuat wasiat.

Pernahkah anda tertanya, "Apakah persediaan anda untuk orang yang tersayang?"

Wasiat adalah satu declarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Ramai orang Islam tidak mempunyai wasiat sedangkan Islam mewajibkan semua umatnya menulis wasiat apabila telah memiliki sebarang harta.

Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bentuk kematian. Yang pasti, kita akan mati.

Tanpa wasiat dan perancangan yang teliti, perkara-perkara yang tak dijangka atau perkara-perkara yang hanya berlaku ke atas orang lain dan bukan keluarga kita sendiri boleh terjadi:

1) Harta dibekukan, orang tersayang akan tersekat daripada menerima wang belanja
2) Surat kuasa perntadbiran harta diperlukan, orang tersayang kena naik turun mahkamah tinggi kerana birokrasi dan ini mungkin memakan masa sehingga 10 tahun
3) Kekayaan yang dikumpulkan sebelum mati tidak dapat dinikmati segera oleh waris-waris bagi membantu orang kesayangan menghadapi masalah kewangan
4) Harta pusaka dibahagikan mengikut undang-undang dan bukan mengikut kehendak anda

Secara umumnya, berwasiat dihukumkan HARUS. Anda pun mahukan peninggalan anda di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua.

Keputusan yang anda lakukan hari ini akan menentukan arah tuju warisan anda di masa hadapan.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang?
Hubungi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
untuk pewasiatan harta di dalam negeri Selangor dengan kadar yang berpatutan
atau kunjungi perunding wasiat anda sekarang.